PETALING JAYA: “No Komen.”
Demikian respons isteri pelakon Haidz Roshdi, Athira Yuhada mengenai desas desus berbadan dua.
Athira enggan mengulas dan memilih untuk mengunci mulut mengenai perkara itu.
“Saya tak nak komen hal itu. Kalau boleh hanya mahu tumpukan pada majlis hari ini. Doakan yang baik-baik,” katanya.
Athira ditemui sempena Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024.
Guru muzik itu mendirikan rumah tangga dengan Hafidz pada Disember tahun lepas.
Dia merupakan antara penerima Sijil Kemahiran Malaysia kategori nyanyian pada majlis konvokesyen yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (Pjpac) petang tadi.
Antara selebriti yang turut menerima pensijilan tersebut adalah Datuk Fauziah Nawi, Datum Noraniza Idris dan Roslan Madun.
“Saya menyertai Permata Seni Koir sebagai tenaga pengajar sejak lima tahun lalu dan pernah menjadi peserta pasukan koir kebangsaan.
“Saya ambil sijil kemahiran ini untuk Permata Seni Koir, untuk manfaat bidang kerja saya sebagai tenaga pengajar,” katanya yang mengajar dalam bidang vokal dan teori muzik.
Sementara itu, Athira Yuhada memaklumkan tidak merancang untuk me
“Suami tak pernah bagi saranan saya masuk dalam bidang seni. Dia hanya sokong apa yang saya lakukan sekarang ini.
“Saya pun tak adalah berminat nak jadi penyanyi. Pembabitan sekarang pun hanyalah sekadar hobi sahaja,” kongsinya.