TIDAK keterlaluan saya sifatkan Sofia Jane, sebagai pelakon versatil kerana keberaniannya mencuba pelbagai watak. Itu terbukti menerusi kepelbagaian karakter yang dilakonkan pelakon berusia 50 tahun ini sepanjang lebih tiga dekad pembabitannya dalam dunia drama dan perfileman. Permulaan Sofia sebagai pelakon tidak mudah seperti kebanyakan pelakon hari ini. Kecantikan yang dimiliki tidak menjanjikan peranan utama di awal pembabitan. Sofia di garis awal, bermula sebagai pelakon ekstra. “Kalau mahu diceritakan, pengalaman lakonan pertama saya adalah sebagai pelakon ekstra. “Peluang itu datang ketika sebuah syarikat produksi melakukan penggambaran di sekolah di Petaling Jaya. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya