PARIT BUNTAR: Padah membuat laporan palsu kononnya menjumpai bayi perempuan, seorang jurujual menerima hukuman setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Muhammad Shahril Muhamad Radzuan, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi. Hukuman penjara terhadap Muhammad Shahril juga boleh ditambah 14 hari lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, Muhammad Shahril didakwa memberi keterangan palsu kepada pihak polis berkenaan bayi yang dijumpainya di Kaunter Aduan Balai Polis Bagan Serai dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya