KUALA LANGAT: Keengganan seorang lelaki membayar ganti rugi kerosakan kenderaan suspek yang dipinjamnya dipercayai punca dia diculik selama tiga hari di sekitar daerah ini, Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilarikan beberapa lelaki yang bersenjatakan batang besi di rumah keluarganya. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama dua ahli keluarga lain didatangi suspek yang menaiki sebuah kereta. “Suspek kemudian memanggil dua daripadanya dan membawa mereka beredar dari rumah tersebut. Beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya