KUALA LUMPUR: Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri mengakui masih trauma susulan insiden gangguan seksual yang menimpanya baru-baru ini.
Kata Aliff, kejadian itu bukan sahaja membuatkan dia dan keluarga takut ke tempat awam.
“Sebenarnya individu terbabit sudah pun menunjukkan kemaluannya depan saya.
“Saya difahamkan, dia bukan orang tempatan, menderita penyakit mental dan sering berlegar-legar di kawasan tersebut.
“Keadaan itu meninggalkan trauma dan membuatkan saya selepas ini lebih berhati-hati ketika berada di kawasan awam,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Alif, menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya baru-baru ini, merakam tindak tanduk lelaki tidak dikenali itu yang bertindak agresif dengan menunjukkan kemaluannya kepada usahawan tersebut.
Alif bagaimanapun enggan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan berharap kejadian sama tidak berulang.
“Situasi ini bukanlah pertama kali berlaku kepada saya, namun ini paling keterlaluan sampai buka zip seluar semua.
“Nasihat saya, selepas ini kalau mahu ke tempat awam, berhati-hatilah. Kita tak tahu niat orang. Bawalah apa-apa yang boleh melindungi kita dan keluarga,” kongsinya.