Datuk H tak pernah wujud, setia kepada Datuk Red - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Datuk H tak pernah wujud, setia kepada Datuk Red – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Adira Suhaimi mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang hubungan bersama Datuk H seperti yang digembar-gemburkan warganet.

Kata Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, dia tidak mengenali sesiapa yang dikatakan sebagai Datuk H itu dan nama itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.

“Sudah tentu saya terkejut kerana tak tahu apa-apa. Datuk H tak wujud.

“Saya tidak tahu mana datangnya sumber sebab saya memang tidak mengenali siapa-siapa.

“Kalau dulu mungkin saya nak elak, tapi sekarang saya sudah tidak mahu lagi menipu. Untuk tamatkan cerita ini, saya kena bersikap jujur,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Jangan Tinggal Abang Dek, semalam.

Selain itu, penyanyi Ombak Rindu itu turut memohon orang ramai mendoakan kisah cinta yang disemai semula bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red dipermudahkan.

Malah, ibu kepada empat orang anak itu juga mengakui dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan untuk berkahwin semula dengan bekas suaminya itu.

Menurut Adira lagi, Datuk Red juga tahu mengenai namanya yang dikaitkan dengan Datuk H itu walaupun secara peribadi dia tidak bertanya.

“Dia percaya dengan saya. Apa pun, saya tidak mahu komen lebih-lebih dan mohon doa yang baik-baik untuk kami bersama semula. Sekarang kita yakin dan Insya-Allah.

“Kami sedang mencuba kalau ada jodoh untuk bersama semula. Tetapi jika tiada jodoh, saya tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan akan terus berbaik-baik dengan Abang Red demi anak-anak,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya