Datuk Bandar minta DBKL, IWK periksa paip kumbahan

Datuk Bandar minta DBKL, IWK periksa paip kumbahan

jerlus
Lubang akibat tanah mendap di Jalan Masjid India. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) diminta memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden tanah mendap terbaharu yang berlaku berdekatan Pondok Polis di Jalan Masjid India di sini awal pagi semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, kawasan kejadian tanah mendap yang berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi itu kini ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air sebagai langkah keselamatan.

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi lain bagi memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur ialah keutamaan kami. DBKL akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kejadian terbaharu itu dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India baru-baru ini yang menyaksikan seorang wanita warga India terjatuh ke dalam lubang tersebut dan sehingga kini belum ditemukan.

Sementara itu, di GEORGE TOWN : Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa tindakan lebih menyeluruh diambil bagi memastikan keselamatan awam ekoran kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu.

Presidenny, R. Meenakshi berkata, kejadian lubang benam itu boleh terjadi di semua kawasan berisiko tinggi di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau menyokong saranan sesetengah pihak agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan peta bawah tanah bandar selain membuat pendedahan awam mengenai langkah-langkah mitigasi dan keselamatan yang sedang diambil.

”Situasi ini sememangnya membimbangkan tentang keadaan keselamatan awam di kawasan tersebut serta di bahagian lain Kuala Lumpur.

”Ini kerana kawasan tersebut bukan sahaja terdedah kepada lubang benam dan penurunan tanah tetapi juga kepada banjir kilat, tanah runtuh dan kegagalan cerun akibat musim hujan lebat pada masa ini,” katanya semalam.   – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN