Dataran Putrajaya mula dikerumuni rakyat seawal 1 pagi

Hari Kebangsaan 2024: Dataran Putrajaya mula dikerumuni rakyat seawal 1 pagi

ORANG ramai melibatkan pelbagai kaum serta lapisan umur mula berkampung di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini sejak awal pagi bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-67. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai melibatkan pelbagai kaum serta lapisan umur mula berkampung di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini sejak awal pagi bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-67 hari ini.

Difahamkan, pengunjung mula tiba sejak pukul 1 pagi tadi dan mengambil tempat sesuai bagi mengikuti acara yang disediakan pada sambutan itu.

Tinjauan di Dataran Putrajaya, sekitar pukul 3 pagi juga mendapati ada pengunjung yang memasang khemah dan tidur di atas tikar serta beristirahat sementara menunggu acara bermula pukul 8 pagi.

Suasana dan kemeriahan itu dapat dilihat di tepi jalan di sepanjang laluan utama perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Tidak ketinggalan, ada pengunjung yang berehat, tidur, berkelah dan melakukan pelbagai aktiviti sementara menanti acara bermula.

Pengunjung juga dilihat mula mengambil tempat di tempat duduk bertingkat seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan pandangan lebih jelas.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan menghadiri sambutan pada kali ini yang dijangka menarik 100,000 pengunjung.

Pengunjung bakal disajikan dengan acara perbarisan melibatkan 13,009 peserta persembahan dan perarakan, 112 haiwan dalam perkhidmatan, 439 aset darat dan udara daripada pelbagai agensi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya