DAP bantu calon UMNO pada PRK DUN Mahkota 

DAP bantu calon UMNO pada PRK DUN Mahkota 

TEO Nie Ching (tiga dari kanan) melepaskan kira-kira 900 peserta dalam program Johor Jaya Run 2024 di pekarangan Dewan Raya Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: DAP akan membantu kempen calon UMNO yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, bulan depan.

Timbalan pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, ia berikutan DUN Mahkota berada di dalam Parlimen Kluang yang disandang oleh wakil rakyat DAP, Wong Shu Qi.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berharap kehadiran jentera DAP dapat melancarkan kempen PRK DUN Mahkota dalam misi mengekalkan kerusi itu.

Beliau juga berharap kempen PRK itu tidak  dicemari dengan isu-isu yang menyentuh berkenaan raja, agama dan kaum (3R).

“Setiap kali PRK dan pilihan raya umum (PRU), saya akan bagi nasihat yang sama (jangan mainkan isu 3R), jadi jagalah keharmonian masyarakat kita.

“Dalam bulan Ogos ini iaitu dalam bulan sambutan hari kebangsaan dan September ini pula sambutan Hari Malaysia, sila jaga keharmonian dalam masyarakat kita,” katanya sebelum melepaskan Johor Jaya Run 2024 di pekarangan Dewan Raya Bandar Seri Alam, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN