LOS ANGELES: Bintang sitkom Boy Meets World, Danielle Fishel disahkan menghidap kanser payu dara tahap awal. Pelakon berusia 43 tahun itu mengumumkan berita mengejutkan tersebut menerusi podcast Pod Meets World, semalam. “Saya disahkan menghidap Karsinoma duktal in situ, sejenis kanser payudara tidak invasif. Ia masih di tahap awal. “Saya okey, akan menjalani pembedahan untuk membuangnya dan melakukan rawatan susulan. Banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan dalam beberapa hari ini,” katanya. Ibu dua cahaya mata itu yang pada awal merahsiakan perkara itu, akhirnya memutuskan untuk berkongsi untuk manfaat bersama. “Saya bernasib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya