Dakwaan Wak Doyok ditipu RM3 juta tak berasas - WD Food Group - Utusan Malaysia

Dakwaan Wak Doyok ditipu RM3 juta tak berasas – WD Food Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi WD Food Group, Muhammad Hanif Omar, 29, menangkis dakwaan ikon fesyen dan usahawan popular, Wak Doyok yang dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM3 juta selepas ditipu melalui perniagaan makanan itu.

Kata Hanif, dia tidak pernah sama sekali menjanjikan jumlah tersebut sebaliknya mengesahkan syarikatnya sudah membayar sebanyak RM800,000 sebagai keuntungan daripada pelaburan yang dilakukannya.

“Sebenarnya tiada perjanjian membabitkan keuntungan RM3 juta di antara pihak saya dengan dia (Wak Doyok). Kami juga akan memulangkan kembali wang pelaburan asal sebanyak RM300,000 pada November depan berikutan tamatnya kontrak itu.

“Tetapi kami juga membayar keuntungan sebanyak RM800,000 kepada dia. Dan pada November ini juga, kami akan kembalikan pula wang saki baki pelaburannya berjumlah RM300,000.

“Saya tidak nampak di mana perjanjian berjumlah RM3 juta itu seperti yang didakwanya di media sosial,” katanya.

Hanif memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Hanif berkata, penipuan yang dibuat Wak Doyok itu telah menjejaskan operasi syarikat dan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

“Wak Doyok membuat kacau. Dia datang ke pejabat hingga mengganggu dan buat kekacauan kepada staf syarikat.

Sementara itu, peguam Hanif iaitu Zambri Mohd Isa berkata, anak guamnya ada memohon perintah injuksi terhadap Wak Doyok dan akan disebutkan pada 2 September depan.

“Proses mediasi terbantut berikutan Wak Doyok tidak memberi kerjasama dengan memulakan kekecohan terlebih dahulu.

“Kami juga memfailkan tiga saman terhadap Wak Doyok iaitu dua membabitkan saham dan satu lagi membabitkan fitnah pada Julai.

Sebelum ini, Wak Doyok mendakwa telah menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan syarikatnya.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 44, berkata, dia menyedari ditipu rakan perniagaannya yang juga pasangan suami isteri itu selepas membuat siasatan terhadap mereka.

Hasil siasatannya mendapati mereka terbabit dalam pemalsuan dokumen, salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Mereka juga sudah mengosongkan premis pejabat dan melarikan semua barangan dan peralatan milik syarikat tanpa pengetahuannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya