PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga individu sebuah portal berita bagi membantu siasatan berhubung laporan mereka mengenai dakwaan akan berlaku rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi PDRM. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan ketiga-tiga individu yang menulis berita tersebut akan diambil kira-kira pukul 2.30 petang esok. Menurut beliau, keterangan mereka akan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. “Keterangan ketiga-tiga individu berkenaan akan diambil esok bagi membantu siasatan,” katanya di sini. Terdahulu, Razarudin menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan PDRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya