Dajal itu dia orang - Ahmad Zahid

Dajal itu dia orang – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Yang dajal itu dia orang.”

Demikian respon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang melabelkan parti tersebut sebagai ‘dajal’.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri itu tidak memberi respons panjang.

Abdul Hadi melalui tulisannya dalam Minda Presiden Pas bertajuk ‘Politik, Bohong dan Kebendaan Tetap Menjadi Pilihan UMNO-Pakatan Harapan (PH)’ mendakwa kerajaan di bawah pemerintahan UMNO dan PH adalah ‘dajal’.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa UMNO sudah rosak bersama PH meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan serta mempertahankan kerajaannya.

Jelasnya, kerajaan membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya dapat meraih sokongan dan pada masa sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama serta amalan demokrasi.

“Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang. Maka, terbukti mereka lebih daripada Dajal yang tidak memungut cukai,” katanya.

Abdul Hadi turut mendakwa, politik Dajal turut digunakan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Betapa politik dajal menjadi senjata lama yang merosakkan UMNO terus digunakan lagi dengan tenaga perasuah dan penerima rasuah.

“Kini, mereka berkeliaran dalam PH yang menjadi kerajaan berkuasa dan dijadikan tempat pergantungan makhluk perosak sepanjang zaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN