CUEPACS gesa tindakan tegas pihak muat naik kandungan fitnah perkhidmatan awam

CUEPACS gesa tindakan tegas pihak muat naik kandungan fitnah perkhidmatan awam

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu atau organisasi yang sengaja memuat naik kandungan berunsur fitnah terhadap perkhidmatan awam di media sosial.

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, pihak berkuasa melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu bertindak tegas agar budaya fitnah dan kemudiannya meminta maaf agar tidak menjadi perkara yang dinormalisasikan.

“Perlu ada ketegasan dalam hal ini supaya kita dapat bentuk masyarakat yang sentiasa berdisiplin dalam apa jua tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, HarakahDaily memuat naik artikel dan gambar kaunter pejabat kerajaan yang kosong tanpa petugas walaupun masuk waktu bekerja.

Bagaimanapun, melalui semakan, gambar tersebut merupakan kaunter Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang kosong dan tular pada tahun lalu.

Adnan turut menggesa perlakuan memfitnah penjawat awam dihentikan.

Menurutnya, pengguna media sosial perlu berhenti membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai perkhidmatan awam sehingga memberi gambaran negatif.

Kata beliau, CUEPACS menyelar tindakan tidak bertanggungjawab terhadap budaya menyebarkan fitnah yang bertujuan memberikan persepsi negatif kepada perkhidmatan awam dan kerajaan.

“Budaya membuat sesuatu pernyataan secara umum di media sosial semata-mata untuk mendapat perhatian tidak wajar dijadikan amalan yang perlu ditoleransi apatah lagi jika perkara itu tidak dapat dipastikan kebenarannya terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya