Che Ta bakal risik menantu, kekasih Ammar orangnya sederhana - Utusan Malaysia

Che Ta bakal risik menantu, kekasih Ammar orangnya sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bakal terima menantu, pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, menyifatkan kekasih anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, seorang wanita yang sederhana dan baik.

Menurut Che Ta, wanita berusia lingkungan 20-an itu juga tidak mempunyai akaun media sosial sekali gus menggambarkan keperibadiannya yang tidak mendambakan perhatian.

“Saya teruja apabila bakal merisik bakal menantu untuk anak sulung saya pada minggu depan. Setakat ini, kami merancang nak beli cincin tanda.

“Sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak tapi lepas ini kena doa rumah tangga dan jodoh terbaik untuk dia

“Saya sebagai ibu saya gembira untuk dia (Ammar). Tak kisah siapa pun yang dia pilih, saya nak dia bahagia. Saya suka wanita pilihan Ammar tu sebab dia pakai tudung,”katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Merdeka Astro di Pavilion Damansara Heights, hari ini.

Selain itu, Che Ta menafikan menerima baik bakal menantu itu hanya kerana wanita berkenaan bertudung.

“Sebenarnya saya sedia terima dia sebagai menantu bukan sebab dia pakai tudung tetapi sebab Ammar sebagai suami yang perlu mendidik dia menjadi isteri yang terbaik.

“Tapi bila dapat yang berhijab tu lebih mudah lah. Dan lagi satu wanita itu bukan jenis yang jenis suka main media sosial,”katanya.

Mengenai tarikh penyatuan dua hati tersebut, kata pelakon Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka itu memberi bayangan bahawa majlis pernikahan mereka hanya akan dilangsungkan setahun lagi.

“Ini kerana bakal besan saya mahu melepaskan dulu anak sulung mereka. Selepas itu baharulah majlis Ammar akan dilakukan.

“Tetapi perincian majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika acara merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar,”katanya.

Selain Ammar, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya