Celik Madani: GPMS seru pelajar ambil peluang Celik Madani: GPMS seru pelajar ambil peluang

Celik Madani: GPMS seru pelajar ambil peluang

MUHAMMAD DANIAL ALIMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung menyeru semua pelajar untuk mengambil peluang terhadap Celik Madani: Celik Kewangan Belia Madani dan memanfaatkan inisiatif tersebut sepenuhnya.

Naib Presiden GPMS, Muhammad Danial Alimin berkata, inisiatif kerajaan bagi memberi dana asas pelaburan itu akan membantu pelajar  dalam membina masa depan kewangan yang lebih kukuh.

Katanya, inisiatif tersebut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk institusi pengajian tinggi dan institusi pengajian vokasional bagi memastikan ia berjaya.

“GPMS yakin bahawa inisiatif Celik Madani: Celik Kewangan Belia Madani akan menjadi asas kepada pembinaan generasi muda yang lebih berdaya saing, celik kewangan, dan bersedia menghadapi cabaran kewangan di masa hadapan,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan,  satu juta mahasiswa baharu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diberikan dana asas pelaburan menerusi program Celik Madani: Celik Kewangan Belia Madani iaitu  sebanyak RM50 seorang bagi menggalakkan golongan belia melabur.

Dana asas sebanyak RM50 juta sebahagiannya disuntik oleh kerajaan dan baki ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta syarikat-syarikat berkaitan dengan menyasarkan seramai 200,000 mahasiswa setahun.

Berdasarkan mekanisme tersebut, RM50 dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM) dan nilai itu dikunci bagi tempoh lima tahun.

Mengulas lanjut, Muhammad Danial berkata, pendekatan yang diambil oleh kerajaan itu merupakan satu langkah penting ke arah meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia.

“Dengan pelaburan permulaan sebanyak RM50 yang diberikan kepada setiap pelajar hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia, PNB, dan syarikat korporat, GPMS percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan memupuk tabiat menabung di kalangan belia, tetapi juga akan menjadi pemangkin untuk pengurusan kewangan yang lebih bijak dalam kalangan generasi muda.

“Ini adalah usaha yang sangat diperlukan untuk memastikan belia mula merancang kewangan mereka pada usia muda, seterusnya mengukuhkan kedudukan kewangan mereka selepas tamat pengajian,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN