Buruh kontrak warga asing dihanyut kepala air

Buruh kontrak warga asing dihanyut kepala air

KEADAAN mayat Yaar Mohamad Rahmatullah yang ditemukan lemas setelah dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang buruh kontrak warga asing ditemukan lemas dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, dekat sini, kira-kira pukul 9.25 pagi, hari ini.

Mangsa, Yaar Mohamad Rahmatullah, 21, ditemukan lebih kurang 500 meter dari tempat dilaporkan tergelincir ketika sedang mandi bersama seorang lagi rakannya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sebelum kejadian mangsa bekerja membaiki tandas di kawasan itu lalu kemudiannya mandi di hutan lipur tersebut kira-kira pukul 5.30 petang.

“Mangsa bersama seorang rakan telah ke sungai di air terjun tersebut ketika hujan. Secara tiba-tiba datang arus deras dipercayai kepala air sehingga menyebabkan mereka tergelincir.

“Mangsa dibawa arus deras manakala rakannya berjaya selamatkan diri. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas polis menerima laporan kejadian pada pukul 7.40 petang.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat hari ini dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang merangkap Komander Operasi, Zulhisham Mohamad Yusop berkata, operasi hari ini dibahagi kepada empat zon melibatkan pencarian di tebing sungai sepanjang dua kilometer serta pencarian di dalam air.

“Mayat mangsa dijumpai pukul 9.25 pagi di Zon B iaitu pada jarak 500 meter dari tempatnya tergelincir dan terjatuh

“Operasi hari kedua hari ini melibatkan kekuatan seramai 73 individu termasuk pegawai dan anggota bomba, polis , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, kakitangan pejabat hutan serta orang awam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN