Bukan tugas persatuan cari kerja untuk artis - Freddie Fernandez - Utusan Malaysia

Bukan tugas persatuan cari kerja untuk artis – Freddie Fernandez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez, 71, menolak pandangan sesetebgah pihak yang meletakkan tugas mencari pekerjaan sebagai sebahagian tanggungjawab persatuan-persatuan seni.

Kata Freddie, artis perlu berusaha mencari kerja dan pendapatan dan bukan sekadar mengharapkan persatuan-persatuan seni untuk mencarikan peluang kerja untuk mereka.

“Saya tidak terima hujah begitu, bukan tugas persatuan cari kerja untuk artis.

“Mereka harus dapatkan (kerja) dengan usaha sendiri. Kalau tak ada kerja, bermakna mereka kurang pasarkan diri atau produk muzik dan filem mereka.

“Jangan mengadu kepada persatuan kalau tiada kerja. Bukan tugas persatuan cari kerja untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Konsert Telan Kaset 90’an baru-baru ini.

Konsert yang julung kali diadakan itu menampilkan nama-nama besar antaranya Zamani, Ady Wow, pasangan suami isteri Tom dan Fuad, Roy dan ramai lagi.

”Pemilihan artis adalah ditentukan pihak Karyawan. Kami percaya artis-artis terlibat mampu memberi persembahan terbaik.

”Harga tiket tidaklah mahal, RM45 sahaja. Kami tak mahu meletakkan harga yang tinggi supaya ramai orang boleh datang ke konsert ini nanti,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya