Bukan ahli politik tapi tikus 'serang' Parlimen Pakistan

Bukan ahli politik tapi tikus ‘serang’ Parlimen Pakistan

PARLIMEN PAKISTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Bangunan Parlimen Pakistan berdepan masalah besar, tetapi bukanlah berpunca daripada ahli politik, namun tikus yang dikatakan sebesar kucing.

Perkara itu didedahkan kepada BBC oleh jurucakap Dewan Perwakilan, Zafar Sultan, sehingga mengakibatkan ketakutan kepada kakitangan baharu yang geli kepada haiwan berkenaan.

Zafar berkata, pihaknya hanya menyedari masalah itu apabila sebuah jawatankuasa meminta rekod mesyuarat dari tahun 2008.

“Fail-fail yang menyim­pan rekod mesyuarat itu rosak dimakan tikus. Sejak itu, ramai kakitangan mengadu pernah ternampak haiwan tersebut dengan ada antaranya bersaiz sebesar kucing,” ujar beliau.

Katanya, kebanyakan tikus dilihat di tingkat pertama bangunan tersebut yang turut menempatkan pejabat ketua pembangkang senat, bilik mesyuarat dan ahli jawatankuasa serta dewan makan.

Menurut Zafar, bagi menyelesaikan masalah itu, Parlimen memperuntukkan sejumlah 1.2 juta rupee (RM18,828) setahun untuk mengupah syarikat kawalan haiwan perosak.

Zafar berkata, pihaknya juga telah menyiarkan iklan dalam beberapa akhbar Pakistan bagi mencari syarikat kawalan perosak yang boleh membantu mereka menangani masalah tikus tersebut.

Setakat ini, hanya dua syarikat yang menunjukkan minat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN