KUALA NERUS: Seorang budak lelaki berusia empat tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah resort di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dijumpai oleh seorang pengunjung dalam keadaan tidak sedarkan diri. Menurut beliau, ketika kejadian mangsa sedang mandi bersama abang dan kakaknya yang berusia 14 dan 12 tahun manakala ibu mangsa duduk di meja bersebelahan kolam. “Menerusi percakapan awal dengan ibu mangsa, tiga orang anaknya mandi di dalam kolam manakala dia (ibu) menjaga anak bongsu berusia satu tahun. “Ibu mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya