Buat audit integriti kenal pasti punca tanah jerlus Masjid India Buat audit integriti kenal pasti punca tanah jerlus Masjid India

Buat audit integriti kenal pasti punca tanah jerlus Masjid India

Gangguan IT
FADILLAH Yusof ditemui pemberita pada majlis pelancaran Sistem Pembayaran JuiceUp EV di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan audit integriti bagi mengenal pasti punca sebenar beberapa kejadian tanah jerlus di sekitar Masjid India di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau akan memanggil pihak-pihak terlibat untuk melihat secara keseluruhan utiliti di bawah tanah untuk siasatan lanjut.

Katanya, ia akan melibatkan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan agensi-agensi berkaitan.

“Untuk di pihak IWK, saya telah membuat arahan untuk membuat audit integriti, kita perlu periksa keseluruhan kawasan ini, di mana punca dan mengapa ianya (tanah jerlus) berlaku. Sebab kadang-kadang ada pembangunan baru yang dilaksanakan jadi kita nak cari punca.

“Fokus utama kita lihat secara keseluruhan susulan berlaku mendapan kali kedua. Jadi kita akan melihat segala utiliti di bawah tanah ini untuk kenal pasti kejadian ini.

“Audit integriti ini untuk mengetahui tindakan-tindakan apa yang perlu ditambah baik sistem kita bagi memastikan kejadian ini di masa depan tidak akan berulang lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kata Fadillah, proses audit integriti hanya akan dilaksanakan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) selesai.

Beliau berkata, buat masa ini fokus utama bagi mencari wanita warga India yang terjatuh pada Jumaat lalu.

Jelasnya, setakat ini mangsa gagal ditemukan walaupun segala kemungkinan termasuk menggunakan teknologi.

“Segala kemungkinan sudah pun dibuat di kawasan ini, teori serta teknologi termasuk sistem pembentungan sehingga IWK di Pantai Dalam.

“Bagaimanapun usaha untuk kita mencari belum berjaya. Jadi SAR hari ini memfokus di kawasan ini (Masjid India),” katanya.

Operasi SAR wanita warga India iaitu Vijayaletchumy, 48, hari ini memasuki hari keenam.

Operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut meninjau lokasi kejadian selama satu jam pada pukul 11.15 pagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN