KEMAMAN : Operasi penyelaman yang dilakukan di sekitar lokasi kejadian bot karam yang dipercayai dilanggar tongkang di perairan Kemaman hari ini berjaya menemukan sebuah beg sandang milik mangsa yang masih hilang iaitu Aina Husna Mohamad Husaini, 25. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, beg sandang berwarna hitam itu mengandungi beberapa barangan peribadi mangsa termasuk lampu kepala, dua buah lampu suluh, kipas tangan, segugus kunci dan pengecas telefon. “Selain sebuah beg sandang, turut ditemukan sebatang kayu cota dan sebuah pinggan milik tekong bot,” katanya ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya