KEMAMAN: Lima mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam dipercayai dilanggar tongkang di perairan Kemaman, semalam, berpaut pada dua tong ikan hampir dua jam, sebelum diselamatkan sebuah bot nelayan. Setakat petang semalam, dua mangsa ditemukan lemas manakala dua lagi masih hilang. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bot dinaiki tujuh pemancing termasuk dua tekong karam selepas dipercayai dilanggar tongkang pada kedudukan tujuh batu nautika dari Kuala Kemaman. Menceritakan detik cemas itu, seorang mangsa yang selamat, Rosnawi Harun, 50, berkata, dia hanya menyedari bot yang dinaikinya bersama enam lagi pemancing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya