KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) dua lagi mangsa yang hilang dalam nahas bot karam yang memasuki hari ketiga, hari ini akan dibantu sembilan penyelam dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, penyelam yang dari Skuadron Selam, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia itu akan ke lokasi kejadian bagi mengesan kedudukan bot. “Kita akan membuat selaman untuk mengesan kedudukan bot sama ada masih berada di lokasi kejadian atau telah dihanyutkan air. “Bagaimanapun, kita akan turut melihat faktor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya