PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 25 pengunjung yang terperangkap ketika berekreasi di Sungai Pisang, Selayang, dekat sini hari ini. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.41 tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, seramai enam anggota digerakkan ke lokasi tersebut bersama sebuah jentera bagi tujuan menyelamat. “Setibanya di lokasi, didapati seramai 25 orang mangsa terperangkap di kepala air. “Kerja-kerja membawa semua mangsa selesai sepenuhnya kira-kira pukul 3.26 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya