BNM kuat kuasa Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 - Utusan Malaysia

BNM kuat kuasa Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024

opr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 (MSBA 2024) akan dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bermula hari ini. 

BNM dalam satu kenyataan berkata, pindaan pada MSBA akan memperkukuh keupayaan bank pusat itu untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berkesan terhadap pengendali haram. 

Jelas kenyataan itu, langkah ini akan bertindak sebagai pencegahan yang mantap (strong deterrent) terhadap aktiviti tidak dibenarkan yang boleh mendedahkan pelanggan kepada risiko serta menjejaskan integriti industri perniagaan perkhidmatan wang (money services business, MSB).

“Pindaan memperuntukkan, penjara mandatori untuk tempoh tidak lebih 10 tahun dan denda sekurang-Kurangnya RM50,000 bagi pengendali MSB yang haram dan penerangan yang lebih jelas berhubung dengan kesalahan bersubahat dengan pengendali haram. 

“Selain itu, takrifan perniagaan kiriman wang dan skop bukti yang lebih jelas untuk digunakan bagi mendakwa pengendali haram, pihak berkuasa melucuthakkan harta pengendali haram apabila didakwa bagi menghalang pesalah berulang dan tindakan pentadbiran, dan bukan tindakan undang-undang, yang perlu diambil oleh BNM terhadap kesalahan operasi (operational breaches) oleh pemegang lesen MSB selaras dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih setara dengan tahap keseriusan kesalahan,” katanya dalam kenyataan. 

Jelas bank pusat itu, MSBA diterbitkan untuk pertama kali pada 2011. 

“Akta ini mentadbir amalan dan penyeliaan industri MSB yang terdiri daripada pengurup wang, pengendali perkhidmatan kiriman wang dan pemborong mata wang. 

“MSBA telah memainkan peranan utama dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme dan piawaian pematuhan industri serta mencegah penyalahgunaan entiti MSB untuk tujuan jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN