Blinken ke Israel, bawa misi segerakan gencatan senjata api

Blinken ke Israel, bawa misi segerakan gencatan senjata api

ANTONY BLINKEN. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken tiba di Israel pada Ahad, di saat usaha negara itu untuk menyegerakan gencatan senjata api di Gaza bagi menamatkan peperangan antara Israel dan Hamas.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan beberapa pegawai kanan Israel, memetik laporan Reuters.

Pertemuan ini berlangsung di saat peningkatan konflik apabila Iran mengancam untuk bertindak balas terhadap Israel selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran pada 31 Julai.

Washington telah berulang kali memberi amaran kepada Iran agar tidak meneruskan sebarang tindakan balas terhadap Israel dan menegaskan tindakan sedemikian boleh membawa akibat malapetaka, terutamanya untuk Iran.

Kelmarin, United Kingdom (UK) dan Perancis menegaskan kini masa untuk melaksanakan gencatan senjata api Gaza sebelum konflik bertambah buruk khususnya di Asia Barat.

Pendirian itu disampaikan Setiausaha Hal Ehwal Luar UK, David Lammy bersama rakan sejawatnya daripada Perancis, Stéphane Séjourné.

Ia sejurus lawatan bersama pertama UK-Perancis dalam tempoh lebih 10 tahun selepas mengadakan pertemuaan dengan Menteri Luar Israel, Israel Katz dan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Ron Dermer.

Kenyataan itu muncul selepas pusingan baharu rundingan gencatan senjata telah bermula di Doha, dengan perunding dari Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir bertemu dengan delegasi Israel pada minggu lalu.

Sebelum ini, terdapat kebimbangan perang dan serangan balas melibatkan Iran berikutan pembunuhan Ismail di Teheran.

Negara-negara Barat telah menggesa Iran untuk menahan diri daripada membalas dendam terhadap Israel, yang tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatan dalam pembunuhan itu.

Pergerakan Hezbullah yang disokong Iran di Lubnan juga mengancam untuk membalas dendam terhadap pembunuhan salah seorang komander tertinggi Israel dalam serangan udara di Beirut.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN