Blake Lively dikecam promosi filem tidak kena gaya - Utusan Malaysia

Blake Lively dikecam promosi filem tidak kena gaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Blake Lively, menerima kecaman hebat di media sosial kerana didakwa tersilap cara mempromosikan filem terbaharunya, Ends With Us

Dalam filem berkenaan, Blake menjadi watak utama, Lily Bloom, seorang perempuan yang terperangkap dalam hubungan toksik dan menjadi mangsa penderaan domestik. 

Namun begitu, cara Blake mempromosikan filem berkenaan dengan mengajak orang ramai memakai pakaian bercorak bunga ala-ala Barbie menimbulkan kemarahan warganet. 

Menurut warganet, pelakon itu seolah gagal memahami trend tersebut seolah-olah bertentangan dengan mesej yang cuba dibawakan filem berkenaan.

Malah, Blake juga dikatakan tidak pernah menyebut tentang masalah keganasan rumah tangga sepanjang mempromosikan naskhah itu.

Setelah laman media sosial isteri kepada pelakon Ryan Reynolds itu dibanjiri kecaman, Blake akhirnya memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan data keganasan domestik yang berlaku di Amerika Syarikat.

“Satu daripada empat perempuan berumur 18 tahun ke atas menjadi mangsa keganasan yang dilakukan oleh orang terdekat mereka.

“Perkara ini terjadi tanpa mengira gender termasuklah  12 juta orang setiap tahun di Amerika Syarikat,” tulisnya.

Ends With Us merupakan karya adaptasi daripada novel popular Colleen Hoover menceritakan tentang seorang lelaki yang melakukan keganasan terhadap pasangan. 

Filem tersebut dijangka ditayangkan di Malaysia akhir bulan ini. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya