KEMAMAN: Seekor beruang matahari yang berkeliaran di sebuah kebun buah-buahan di Kampung Banho, dekat sini, berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, beruang betina yang dianggarkan seberat 50 kilogram itu berjaya memasuki perangkap awal pagi semalam. Menurutnya, perangkap tersebut dipasang pada Jumaat lalu selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang pekebun pada Khamis. “Selepas menerima aduan, kita melakukan siasatan dan memasang perangkap untuk menangkap beruang itu pada Jumaat. Haiwan liar tersebut berjaya masuk perangkap pagi semalam. “Beruang tersebut berada dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya