Harimau kumbang betina masuk perangkap di ladang kelapa sawit - Utusan Malaysia

Harimau kumbang betina masuk perangkap di ladang kelapa sawit

HARIMAU kumbang betina seberat kira-kira yang berjaya memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan di ladang sawit di Hulu Kemaman, Kemaman, kelmarin - UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang perangkap di sebuah ladang sawit di Hulu Kemaman, dekat sini, membuahkan hasil apabila seekor lagi harimau kumbang betina dewasa berjaya ditangkap, kelmarin.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, perangkap itu dipasang pada Sabtu lalu selepas menerima aduan daripada pekerja ladang mengenai kehadiran haiwan liar itu.

“Selepas membuat siasatan dan memasang perangkap, seekor harimau kumbang betina yang dianggarkan seberat 40 kilogram berjaya memasuki perangkap,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kean Seong berkata, harimau kumbang yang berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan fizikal itu kemudiannya telah dipindahkan ke habitat semulajadi oleh lima anggota Perhilitan.

Dalam pada itu, Kean Seong turut menasihatkan orang ramai yang terserempak dengan hidupan liar untuk segera beredar ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu haiwan tersebut untuk keselamatan diri.

“Apabila terserempak, ambil video atau gambar dari jauh dan segera melaporkan kejadian laporkan kepada Pejabat Perhilitan terdekat untuk tindakan susulan.

“Jangan sesekali mengganggu haiwan itu dengan mengejar atau mengacau haiwan tersebut dan orang ramai dinasihatkan tidak menularkan video atau gambar di media sosial yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat,” katanya.

Utusan Malaysia pada 12 Ogos lalu melaporkan seekor harimau kumbang betina dewasa yang dianggark seberat 45 kilogram, berjaya memasuki perangkap yang dipasang di sebuah ladang sawit di Cherul, pada 11 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya