'Bersatu kini panik, sudahlah kalah Nenggiri kini disiasat polis pula'

‘Bersatu kini panik, sudahlah kalah Nenggiri kini disiasat polis pula’

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ kerana bukan sahaja kalah pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini, malah disiasat polis pula.

Pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata, Bersatu kini panik susulan perkembangan terbaharu menimpa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, tindakan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyalahkan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, sebagai punca Muhyiddin menjadi sasaran kemarahan orang ramai juga adalah satu tindak balas panik.

“Saya lihat keadaan ini tidak baik bagi Bersatu, sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah kalah Nenggiri, kini disiasat polis.

“Apabila dia (Wan Ahmad Fayhsal) dah panik dengan kenyataan yang dibuat, maka dia cuba salahkan mana-mana pihak (Suara Keadilan).

“Saya sendiri menyaksikan ucapan mantan Perdana Menteri (Muhyiddin) dalam TikTok live, kalau tak silap saya, turut menyiarkan live itu ialah saluran parti Pas,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang menyalahkan Suara Keadilan di atas apa yang menimpa Muhyiddin sehingga disiasat polis.

Katanya, beliau juga mendakwa beberapa saluran parti Pas termasuk Harakah Daily turut menyiarkan siaran langsung ucapan Muhyiddin itu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau mengingatkan Bersatu supaya tidak hanya menuding jari kepada Suara Keadilan sahaja sebaliknya salahkan sama akaun media sosial Pas yang turut menyiarkan siaran langsung ucapan itu.

Menurutnya, Bersatu sentiasa berada dalam keadaan panik apabila presidennya sendiri pernah terpalit beberapa isu dan kontroversi membabitkan istana sebelum ini.

“Kita tahu dan sedar bagaimana sewaktu Parlimen ditutup dahulu (ketika pandemik), juga ada titah Tuanku mengenai penutupan Parlimen yang membabitkan Muhyiddin,” katanya.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menyifatkan Suara Keadilan sebagai punca Muhyiddin menjadi sasaran kemarahan orang ramai

Malah, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang turut membuat laporan polis supaya Suara Keadilan disiasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya