Berkhemah ubah persepsi skeptikal pelajar wanita

Berkhemah ubah persepsi skeptikal pelajar wanita

ANTARA aktiviti dalam sesi perkhemahan 2024 Program Sekolah Maharani Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aktiviti perkhemahan di sekolah memberi peluang kepada pelajar memupuk keyakinan diri dan semangat kerja berpasukan.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Mantin, Nurul Afika Amirul, 15, aktiviti perkhemahan berjaya mengubah pandangan skeptikal terhadap aktiviti luar termasuk perkhemahan.

“Kem ini merupakan pengalaman yang mengubah hidup saya. Saya dapat belajar tentang kerja berpasukan dan ini membina keyakinan saya.

“Aktiviti-aktiviti amat menyeronokkan dan sangat mencabar, dan ia membantu saya menemukan kekuatan peribadi saya yang saya sendiri tidak tahu,” katanya kepada Utusan Pelajar baru-baru ini.

Dia antara 200 pelajar Tingkatan Tiga daripada lima buah sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam Kem Program Sekolah Maharani (MSP) selama tiga hari dua malam anjuran Yayasan Rythm, baru-baru ini.

Antara sekolah yang terlibat termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Kelana Putra; SMK Dato’ Shahardin; SMK Felda Seri Sendayan; SMK Mantin, dan SMK Puteri.

Dalam pada itu, pelajar SMK Dato Shahardin, Thiviyah Uthayakkumar, 15, berkata, menerusi aktiviti perkhemahan juga berjaya membentuk dirinya berfikiran secara kritis.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN