Berita baik 1.6 juta penjawat awam - KSN

Berita baik 1.6 juta penjawat awam – KSN

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar memberi bayangan berita baik menanti 1.6 juta penjawat awam yang akan diumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Jumaat ini.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan apakah berita baik itu yang tentunya berhubung kenaikan gaji menerusi kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Tak boleh bocor rahsia, Insya-Allah berita baik untuk penjawat awam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas sebagai KSN ke-16 di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

MAPPA telah menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam di Malaysia sejak tahun 2000 sebagai salah satu platform untuk seluruh penjawat awam menghayati aspirasi dan hasrat pucuk kepimpinan tertinggi negara melalui amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan kumpulan penjawat awam bakal mendapat berita gembira berhubung kenaikan gaji akan diumumkan pada MAPPA kali ke-19 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC).

Setiap penjawat awam akan mendapat gambaran secara umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka antara 15 hingga 42.7 peratus.

Peningkatan kadar gaji baharu bagi kumpulan pelaksana adalah paling tinggi manakala, bagi kumpulan penjawat awam seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah pula adalah lebih sederhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN