Berang kena tegur, lelaki warga asing cuba bunuh rakan serumah  

Berang kena tegur, lelaki warga asing cuba bunuh rakan serumah  

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak berpuas hati sering ditegur berkenaan hal keluarga, seorang lelaki warga asing bertindak mencederakan tiga rakan serumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail , laporan polis dibuat  dua lelaki warga asing berumur 18 dan 28 tahun, dengan  mangsa memaklumkan telah berada bersama suspek di ruang tamu rumah, sebelum mendapati lelaki itu sedang memotong buah menggunakan pisau. 

Kata beliau, terjadi perselisihan faham antara mereka sehingga berlaku pergelutan menyebabkan suspek mencederakan kedua-dua rakannya menggunakan sebilah pisau dan kayu. 

“Dalam masa sama, terdapat seorang lagi mangsa berusia 30 tahun telah sampai ke rumah juga dicederakan suspek.

“Berikutan kejadian, dua lelaki cedera di leher, tangan dan beberapa bahagian badan, dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam memberitahu, bertindak atas maklumat, suspek berusia 31 tahun, ditahan sepasukan polis kira-kira 4 petang pada hari sama di Jalan Bunga Tanjung 12, Taman Muda, Pandan Indah, Ampang.

“Dengan dibantu pasukan Forensik, Bukit Aman sebilah pisau bersama dua batang kayu dan dua helai pakaian telah dirampas bagi membantu siasatan. 

“Suspek telah direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 September bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” jelasnya.


Beliau menambah, hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah.

“Motif kejadian disebabkan suspek sering ditegur atas pelbagai sebab dan sering berselisih faham berkenaan hal keluarga,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya