JAKARTA: Pelakon, Teuku Ryan, 30, memaklumkan tidak terburu-buru mencari pengganti selepas berpisah dengan bekas isterinya, Ria Ricis.
Jelas bintang drama Jodoh Wasiat Bapak Bapak 2 itu, tumpuan utamanya sekarang adalah untuk mengembangkan karier lakonan selain membesarkan anaknya, Cut Raifa Aramoana.
“Bagaimana saya mahu nikah lagi? Kekasih pun belum ada.
“Buat masa ini belum jumpa pengganti. Semuanya hanyalah teman rapat,” katanya.
Teuku berkata demikian selepas ditanya mengenai jodoh dalam satu temu bual menerusi saluran Youtube, Intens Investigasi baru-baru ini.
Teuku dan Ria sah bercerai talak satu pada 3 Mei lepas. Bekas pasangan suami isteri itu sebelum ini berkahwin pada 12 November 2021.
Sementara itu, pelakon berasal dari Aceh itu turut berkongsi perkembangan anaknya yang kini membesar dan semakin matang.
“Percakapannya juga sudah semakin jelas. Dia pun sudah tahu apa yang diinginkannya,” kongsinya – Liputan 6.