PETALING JAYA: Inisiatif deposit Madani dengan nilai maksimum RM30,000 kepada pembeli rumah pertama antara 33 cadangan dikemukakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Kementerian Kewangan bagi Inisiatif Belanjawan 2025. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, usaha itu selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku, Syurgaku’. “Ini adalah untuk meringankan komitmen bayaran bulanan pembeli rumah pertama, terutamanya golongan belia dalam kalangan B40 dan M40, serta merealisasikan aspirasi kementerian agar setiap rakyat memiliki tempat tinggal (Shelter for All),” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Dilaporkan, 33 cadangan itu bernilai hampir RM1 bilion bagi meningkatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya