BAITULMAQDIS: Bekas Pengarah Risikan Ketenteraan Israel, Mejar Jeneral Aharon Haliva meminta maaf berikutan kegagalannya sehingga berlaku konflik peperangan antara Israel dan Hamas sejak 7 Oktober lalu. Menurut rakaman video yang dikeluarkan oleh pasukan tentera Israel, permohonan maaf terbuka itu dibuat beliau pada majlis perpisahannya di sini, semalam. “Hari serangan itu adalah hari paling gelap dalam kehidupan saya. “Permohonan maaf tidak boleh membetulkan, menyembuhkan atau mengembalikan kehilangan orang tersayang. Tetapi bagi pihak saya dan seluruh sayap perisikan, saya memohon keampunan,” katanya. Haliva meletak jawatan April lalu selepas gagal melaksanakan tanggungjawab mencegah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya