KUALA TERENGGANU: Seorang bekas atlet olahraga negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan, tahun lalu. Ainur Haikal Danial Bahrudin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah hari ini sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, Ainur Haikal Danial didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Serada dekat sini kira-kira pukul 5 petang pada 30 September 2023. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya