Beberapa lokasi sekitar Jalan Masjid India ditanda kuning untuk kenal pasti punca mendapan 

Beberapa lokasi sekitar Jalan Masjid India ditanda kuning untuk kenal pasti punca mendapan  

KERJA-KERJA menanda kawasan untuk mengenal pasti punca mendapan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Jalan Masjid India di sini ditanda bulatan  warna kuning untuk kerja-kerja pengorekan. 

 

Utusan Malaysia difahamkan tujuan korekan di kawasan itu bagi mengenal pasti punca mendapan. 

 

Tindakan itu dibuat dengan pemantauan penuh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan terdapat saluran paip selain kabel di tempat mendapan itu.

 

Terdapat juga kawasan mendap yang ditutup dengan penghadang.

 

Operasi SAR yang masuk hari kelapan bagi mencari mangsa wanita warga India, iaitu G. Vijaya Lakshmi, 48, diteruskan membabitkan pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), DBKL dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

 

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya