Azlee doa Jep, Shuib, Mamat kembali berdamai - Utusan Malaysia

Azlee doa Jep, Shuib, Mamat kembali berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelawak dan pelakon, Azlee Senario, berharap kemelut yang dihadapi kumpulan Sepah dapat diselesaikan secara baik.

Menurut Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 57, salah faham adalah perkara biasa dalam sebuah kumpulan namun janganlah sampai ia mengorbankan nilai persahabatan yang dibina sejak dulu.

“Saya lihat hantaran yang dibuat Jep, Shuib, dan Mamat. Mereka adalah kawan saya kerana berasal dari satu negeri yang sama.

“Saya harap mereka rapatkan kembalikan ukhuwah itu. Mudah-mudahan dengan eratnya silaturahim, mereka semua akan terus disayangi peminat. Kita ini naik secara berkumpulan, jadi janganlah kita lupa antara satu sama lain.

“Seperti juga kami di Senario, salah faham itu perkara biasa namun kami selesaikan cara baik. Sejak tahun 1996, Alhamdulillah hubungan ukhuwah kami erat dan masih bersama,” katanya.

Azlee mengulas mengenai hubungan ahli kumpulan Sepah yang didakwa tidak lagi sehaluan.

Bukan itu sahaja, pelakon Saka Perawan itu juga berpendapat, suatu pertelingkahan akan menjadi semakin sukar diselesaikan sekiranya di bawa ke media sosial kerana wujud pihak ketiga yang berpotensi menjadi batu api.

“Pada saya, dalam situasi ini jangan ada yang mengapi-apikan mereka. Warganet ada kuasa besar, oleh itu janganlah melagakan.

“Cakap sahajalah perkara baik kerana setiap perbuatan kita akan dicatat oleh malaikat.

“Takut nanti bila salah cakap atau tulis, susah jika mahu berjumpa kembali di sana (akhirat). Doalah baik-baik. Harap mereka (Sepah) akan terus berdamai,” jelasnya.

Azlee ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media Showcase Senariounion, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, perkongsian Shuib dan Mamat di sebuah podcast menceritakan detik awal perjalanan kumpulan Sepah mencuri perhatian ramai.

Tidak lama selepas itu, Jep memuat naik hantaran menegur pengendali podcast agar tidak menunggang namanya selain menegaskan terdapat unsur tokok tambah dalam podcast berkenaan.

Walaupun tidak dinyatakan nama podcast, warganet mengaitkan hantaran itu ditujukan kepada Shuib dan Sepah sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya