Ayu Raudhah terkejut, dua pembantu rumah lesap

Ayu Raudhah terkejut, dua pembantu rumah lesap

Ayu Raudhah
Ayu Raudhah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ayu Raudhah, terkejut apabila dua pembantu rumahnya yang juga warganegara asing melarikan diri pada Rabu.

Semasa kejadian, Ayu atau Raudhah binti Che Wan, 39, yang baru melahirkan anak pada 3 Ogos sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan di Kuala Lumpur.

Perkara itu disedari suami, Zaquan Adha, sebaik sahaja pulang ke rumah mereka di Seremban.

“Ceritanya Zaquan keluar sekejap bersama anak-anak petang tadi. Tapi balik sahaja, tengok-tengok dua pembantu sudah tiada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon Nur Kasih itu juga belum dapat memastikan sekiranya terdapat barang yang hilang pada masa ini.

“Sekarang saya sedang bersiap untuk pulang ke Seremban. Buat masa ini kami belum boleh pastikan ada barang yang hilang atau tidak.

“Lebih- lebih lagi hanya saya yang tahu di mana barang itu. Jadi saya perlu pulang dan periksa sendiri.

“Tapi menurut Zaquan seperti tiada barang yang hilang, cuma barang mereka sahaja yang tiada,” jelasnya.

Terdahulu, Ayu memuat naik hantaran di InstaStory meminta orang ramai mencari pembantu rumahnya yang hilang.

Perkara tersebut juga dikongsikan oleh Rozita Che Wan menerusi sebuah hantaran di Instagram anaknya, Aaisyahdhiarana111. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN