Awas rakaman video bukti jenayah teksi haram disalur terus JPJ

Awas rakaman video bukti jenayah teksi haram disalur terus JPJ

KAMARUDIN Husain (dua dari kiri) ketika sesi perbincangan dengan pihak ibu pejabat JPJ di Putrajaya semalam. - Foto ihsan GTSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemandu teksi haram atau kelaziman disebut sebagai prebet sapu bakal berdepan dengan tindakan penguatkuasaan lebih tegas termasuk kenderaan disita.

Malahan, aktiviti pelanggaran undang-undang dilakukan mereka boleh dirakamkan dalam bentuk video untuk disalurkan sebagai bukti kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Langkah itu dicapai hasil pertemuan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM) dengan agensi berkenaan semalam.

Menurut Yang Dipertuanya, Kamarudin Hussain, satu talian khas juga sudah disediakan kepada organisasi tersebut untuk penyaluran maklumat sebelum tindakan segera diambil.

“Jika dahulu, agensi ini cuma ada Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta 333, tetapi kini lebih keras menerusi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 atau Akta 715,” kata beliau ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, pindaan perundangan yang diluluskan tahun lalu itu, mempunyai bidang kuasa lebih luas termasuk manipulasi serta penindasan industri teksi dan e-hailing.

Pada masa sama, GTSM merakamkan penghargaan atas jaminan JPJ berhubung gejala teksi tanpa permit dipandu ramai warga asing dan didalangi beberapa syarikat yang dikenal pasti beroperasi di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang mengancam pendapatan pemandu e-hailing sah.

Rakyat asing itu tambahnya, hanya menggunakan kereta persendirian untuk membawa penumpang tetapi mengenakan caj mahal sehingga menjejaskan nama baik industri teksi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya