WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata perjanjian gencatan senjata di Gaza boleh menghalang Iran daripada menyerang Israel sebagai aksi tindak balas susulan kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sekali gus mengurangkan ketegangan serantau. Kenyataan itu dibuat pada Selasa selepas Iran menolak rayuan barat untuk menarik balik ancaman itu. Iran dan sekutunya menyalahkan Israel atas pembunuhan Ismail pada 31 Julai semasa beliau melakukan lawatan ke Teheran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian. Negara itu berikrar untuk membalas dendam atas kematian itu, yang berlaku beberapa jam selepas serangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya