ALOR GAJAH: Arahan untuk menuduh suspek pembunuhan kejam seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dijangka diketahui selewat-lewatnya esok. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pegawai penyiasat akan merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) pada petang ini untuk mendapatkan arahan tersebut. Katanya, siasatan masih berjalan dan rujukan untuk menuduh suspek dibuat berdasarkan dapatan yang diperoleh pihak polis setakat ini. “Siasatan masih lagi berlangsung (berjalan). Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini apabila siasatan telah lengkap dan kita mendapat arahan daripada PPN yang dijangka lewat petang ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya