TANJUNG MALIM: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muallim memasang produk inovasi dikenali ‘Public Alert Mobile Rescue System’ (PAMReS) bagi mengesan pergerakan air Sungai Geliting dekat Risda Eko-Park, Kampung Ulu Slim, Slim River berikutan kejadian kepala air semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, alat dipasang di sini pukul 3 petang tadi dapat membantu pihak APM dan juga agensi lain melakukan persiapan awal atau segera sekiranya berlaku perubahan arus sungai luar jangka. “Alat ini disokong tenaga solar dan bateri yang mampu bertahan selama 72…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya