Anwar tidak campur urusan siasatan Muhyiddin  Anwar tidak campur urusan siasatan Muhyiddin 

Anwar tidak campur urusan siasatan Muhyiddin 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mennegaskan bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu bekas Perdana Menteri itu menyentuh institusi raja semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Sebaliknya, Perdana Menteri memberi jaminan untuk mengikut jalur undang-undang dan menyerahkan siasatan berkenaan kepada Peguam Negara.

“Setakat ini kita ikut jalur (undang-undang), serah pada siasatan dan juga Peguam Negara, saya tidak campur urusan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan amanat kepada warga penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Nengeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.

Media baru-baru ini, melaporkan sebanyak 30 laporan polis diterima berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

Rentetan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Muhyiddin dilapor menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu beliau itu, antaranya surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN