Anwar santuni peserta, orang awam selepas sambutan Hari Kebangsaan 2024

Anwar santuni peserta, orang awam selepas sambutan Hari Kebangsaan 2024

ANWAR Ibrahim memecahkan suasana dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/SHIDIQQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memecahkan suasana dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, di sini apabila berkesempatan menyantuni petugas perarakan dan orang awam.

Kemesraan itu ditonjolkan Perdana Menteri sebagai terjemahan ucapan terima kasih kepada peserta perarakan, artis budaya dan peserta ‘human grafic’ dari Kementerian Pendidikan (KPM) yang berada di hadapan pentas utama.

Anwar memecahkan protokol itu dengan menyantuni peserta sambutan itu sejurus Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat meninggalkan majlis sambutan.

Pada masa sama, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berjalan kaki sejauh 50 meter di Dataran Putrajaya demi menyantuni orang awam yang berada di ruang penonton.

Anwar dan isteri dilihat bersalaman dengan pengunjung yang hadir dan orang ramai turut mengabadikan detik itu dengan merakam gambar kenangan.

Selepas kira-kira 10 minit, Anwar dan isteri beredar meninggalkan perkarangan lokasi sambutan dengan lambaian selamat tinggal kepada orang awam.

Turut dilihat berbuat demikian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya