Anwar ke Brunei sertai Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25

Anwar ke Brunei sertai Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anwar ke Brunei sertai Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25

oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Brunei bermula esok bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25 antara Malaysia dan negara itu.

Menurut Kementerian Luar, Rundingan Pemimpin Tahunan ini merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara dua negara untuk mengkaji semula kemajuan kerjasama dan isu-isu tertunggak.

Katanya, sedi rundingan itu akan berlangsung antara Anwar dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Sebagai jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN, kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Wisma Putra, platform rundingan ini akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara.

Ia ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa dan warisan.

Katanya, Brunei merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang ke-6 terbesar dalam kalangan Negara Anggota ASEAN dengan jumlah dagangan berjumlah RM9.31 bilion (AS$2.04 bilion) pada tahun lalu.

“Jumlah eksport ke Brunei pula bernilai RM6.4 bilion (AS$1.4 bilion), manakala jumlah import bernilai RM2.91 bilion (AS$0.64 bilion).

“Jumlah lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia, bernilai RM3.49 bilion (AS$0.76 bilion). Dalam Januari sehingga Mei 2024, jumlah dagangan adalah sebanyak RM3.53 bilion (AS$0.75 bilion),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya