Anwar galak sektor swasta ikut naik gaji 

Anwar galak sektor swasta ikut naik gaji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru sektor swasta mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam terutama  syarikat yang mencatat keuntungan tinggi. 

Perdana Menteri berkata, dengan meningkatkan jumlah pendapatan pekerja, ia menjadi simbolik penghargaan terhadap tahap produktiviti golongan itu. 

“Saya berharap sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan dengan mengambil langkah-langkah perlu sebagai simbolik menghargai produktiviti dan pengorbanan serta keringat tenaga kerja syarikat masing-masing,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX), Perkhidmatan Awam Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN