KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand diwujudkan dengan penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula. Perdana Menteri berkata, sektor lain yang dicadang dalam penubuhan SEZ turut melibatkan sektor getah dan makanan yang diyakini dapat menarik lebih banyak pelaburan ke zon berkenaan. Perkara itu dicadangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa di pejabatnya di Putrajaya semalam. Dalam pertemuan tersebut mereka juga membincangkan hasil lawatan kerja dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya